AD

Monday, May 09, 2011

Fly 1 Malaysia

MONDAY, 25 APRIL 2011 15:10 UKK
PrintPDF

Pelancaran Program Fly 1Malaysia
PUTRAJAYA – YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek telah menyerahkan 
Jalur Gemilang sebagai simbolik pelancaran‘Program Fly 1 Malaysia’ 
yang diilhamkan oleh Persatuan Juruterbang Belia Malaysia bertempat di
 Menara Kementerian Belia dan Sukan.
Program ini merupakan program yang pertama diadakan di Malaysia 
bersempena Himpunan Sejuta Belia yang akan berlangsung tidak 
lama lagi. Program ini, secara tidak langsung dapat mempromosikan 
Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, 
YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.
Program Fly 1Malaysia’ turut disertai oleh 11 juruterbang muda yang 
akan mencipta rekod penerbangan berganti-ganti dengan membuat 
penerbangan mengelilingi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. 
Pasukan ini, akan membuat pendaratan di beberapa lokasi lapangan 
terbang utama seperti di Kota Bharu, Johor Bharu, Kuching dan 
Kota Kinabalu.
Secara teknikalnya, pasukan juruterbang ini akan membuat pendaratan 
dalam tempoh kurang 24 jam sejauh lebih 2000 kilometer 
(1107 batu nautika). 
Malah, jika program ini berjaya, rekod julung-julung kali akan diiktiraf oleh 
Malaysia Book Of Records (MBOR).
Kejayaan ‘Program Fly 1Malaysia’ ini nanti sekaligus dapat membuktikan
 golongan belia menyokong hasrat kerajaan dengan Gagasan 1 Malaysia 
kerana penyertaan pasukan juruterbang ini terdiri dari golongan belia dan 
terdiri dari pelbagai kaum yang mampu menggalas cabaran.
Acara terakhir adalah majlis penyampaian Memorandum kepada 
YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Razak 
pada 28 Mei 2011 di Majlis Perasmian Himpunan Sejuta Belia, Putrajaya, 
yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Disediakan oleh : Ida Nur Syafinaz bt Muhd Fuad, UKK KBS


*wish me all the best everybody, need your pray, i'll be joining this programme, 
hope everything will be just fine, InsyaAllah, Aminn.. 
Spaceless of thanks to my close friend in APFT for giving me and my friend a hand to me 
for joining this programme, may Allah bless you always. He's the one inside the pict. :)
I'll update you later concerning this

8 comments:

H o'SHoPPe said...

ic ic... selamat bro!

Faiz Nasir said...

time kasih bro! insyaallah la everything will b just fine :)

feynaa said...

gud luck... :)

Faiz Nasir said...

thank you pina, hehehe, insyaallah ok :)

Anna Abdul Latiff said...

WOW!ketinggalan zaman sat.hehe...congrats and all the best paih..u did it!banggo pulok jadi saiy blog paih sejak sebelum paih jadi cadet.hahahahaha.okay bai

Faiz Nasir said...

thanks, hehehe, tuu ah kae? 1st time paih established blog ni pon with ur help, hehe

Anna Abdul Latiff said...

haha..dakpo,,dop lamo lg turn sy plop.hehe

Faiz Nasir said...

turn gapo anna? :(