AD

Wednesday, May 18, 2011

Fly 1Malaysia (sequence)


24 jam terbang keliling negara

Peserta program menunjukkan isyarat 1Malaysia sebelum berlepas di hangar Asia Pacific Flight Training, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam.




KOTA BHARU 15 Mei – Persatuan Belia Juruterbang Malaysia (PBJM) bakal memahat nama dalam Malaysia Book of Records apabila terbang mengelilingi negara menggunakan pesawat kecil dalam tempoh tidak sampai 24 jam sempena sambutan Hari Belia Negara hari ini.
Penerbangan tersebut dikendalikan 11 juruterbang muda berusia 20 hingga 25 tahun dengan bertemakan Fly 1Malaysia yang melibatkan tiga pesawat milik Asia Pacific Flight Training (APFT) iaitu Diamond 42, Diamond 40 dan Piper 28.

Pengerusi PBJM yang turut menyertai penerbangan itu, Tuan Ahmad Humaizi Tuan Muhammad Kamal berkata, penerbangan tersebut yang bermula di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini akan singgah di Langkawi, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

"Program ini dirancang lebih setahun lalu dengan APFT sebagai penaja utama yang memberi latihan insentif kepada kami semua untuk merealisasikan cita-cita ini.
"Di setiap persinggahan kami akan menerangkan konsep Gagasan 1Malaysia yang dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tanda sokongan kami kepada beliau," katanya ketika ditemui sebelum upacara pelepasan di pekarangan hangar pesawat APFT Pengkalan Chepa, di sini hari ini.
Upacara itu disempurnakan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kelantan, Mat Sulji Zakaria. Turut hadir Pengetua APFT, Kapten Syed Abdullah Syed Ariffin dan Penasihat APFT, Mohd. Najib Badruddin.

Juruterbang yang membawa pesawat ringan satu enjin ialah Aaron Tan Wei Ren, Abd. Rahman Abd. Mohsin. S. Akhilan, Amir Anuar Mohamad Zaini, Chua Siong dan Safian Mohd. Fawzi.

Sementara itu, bagi pesawat dua enjin, juruterbangnya adalah Adrian Dan Wern Han, Muhammad Faiz Mohd Nasir, Mohd. Faiq Mohd. Tahir, N. Sathes Kumar dan Tuan Ahmad Humaizi sendiri.
Ketiga-tiga pesawat berkenaan berlepas secara bergilir-gilir dari LTSIP bermula pukul 8.45 pagi dan mereka akan bertukar juruterbang di setiap persinggahan sehingga kembali ke LTSIP esok.

Tuan Muhammad berkata, kemuncak kepada program tersebut adalah penyerahan sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records sambil disaksikan Perdana Menteri sempena sambutan Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada 27 hingga 29 Mei ini.

3 comments:

The Cockpit Diaries said...

confirm faiz nasir turut terlibat? atau hanya sebagai krew simpanan =p..hehehe

the.dreamer said...

krew simpanan pon, bertanggungjawab wat balik kapal, so still, i was part of it. hahahaha.

Anonymous said...

fuck you cock-pit diaries