AD

Friday, April 22, 2011

142:15

After a very long while since I last wrote about my flying, here a little updates of it. It wasn’t my intention for not sharing my flying experience, but it just, I’ve been too lazy these days, hehehe.

Now, hours collected almost at the peak requirements for a single engine aircraft, required by DCA. Hehe, will be slotted for two tests before I am finishing solid 145:00 of single engine flying; consist of 49:00 of dual hours (flying with instructor) and the rest 96:00 of solo hours (including mutual flying).

Ok, to shed some lights for those who can’t call, what this is all about, I will summarize it.
In flight training, it is divided into 3 parts, to supply a pilot with a knowledge and skill in flying. They are :

1.       General Handling (GH)
2.       Instrument Flying (IF)
3.       Navigation (NAV)

GH, as the name implies, it is where you will be training the basic handling of aircraft like controlling, rolling, climbing, levelling, banking, turning, stalling, and etc. Not to include the most crucial part beside all these, which is; landingJ. It is all based on Visual, where you will be familiarized yourself with the fundamental of flying which is; datum attitude, it is, whether you fly a big jet or small piston aircraft, when the situation allow you to fly visual, that will be a main reference to you. Not to mention, also effect of control on the aircraftsJ. You also will be taught on how to perform a Force Landing if the engines goes kaput, LoL. There are several techniques to be learnt. Night Flying(NF) is also practiced. to expose you to darkside of the world, LoL. Well the judgement of doing something will be different in NF, having practicing this, you are then certified to fly at night!

IF, it is where you will be practicing flying based on Instrument inside the aircraft. To ‘plant’ a ‘belief’ towards the instrument inside the aircraft and of course a thorough understanding is compulsory. Those instrument, where the basic one is known ‘6 packs’, it’s not like a tummy with a 6 packs like you are imagining, LoL. It’s basic instrument that I can say follow a standard of arrangement in any cockpits. From left, we have Airspeed Indicator (ASI), Attitude Indicator (AI), Altimeter (ALT), and below ALT to the left, Vertical Speed Indicator (VSI), Direction Indicator (DI), and lastly Turning Skid Indicator (TSI) below the ASI. See the pictures below.

basic 6 packs

basic 6 packs + nav aids intsruments

Still on IF, unlike driving a car, you can still maintain visual with the train ahead of you, and even if you can’t, you can drop by anywhere, for a coffee and a smoke while waiting for the visibilities improve. In advance learning of IF, we will be learning how to fly the aircraft, if the Visual Flight Rules cannot longer be obeyed. Let say, you are flying inside the clouds, where you have no idea. "where am I? How to get home?" and etc. I know it sounds creepy. But, that’s why, comes the Nav Aids, which i could say, a very great technology of helping and aiding a pilot and giving us an idea of where we are, heee. And the most common one being used around the world is VOR. There are a lot more besides VOR, consists of NDB, LOCATOR, and etc. So these Nav Aids will be helping you to fly the aircraft if outside visual is not contacted. It also can help you to make an approach and landing in a bad weather, PROMISING you have a good understanding of it!
WMKC VOR App Runway 10

I don’t plan to discuss more on IF, otherwise, you will end up suffering a headache! LoL. To continue with the next one which is NAV. Nothing much on this, beside that It is where you apply those previous 2 part of flying into one flight. But there will be also few techniques you will be learnt. The explanation on NAV will be based on VFR NAV. You are flying from WMKC(KBR)-WMKN(TGG). In order for you to fly to TGG, you have to have a full idea of how to get yourself to the destination you are going to. Thus, a good preparation will be so helpful. The preparations consist of a map reading knowledge, a well planned route marked on the map, the level, the terrain, Nav Log and etc. find out more here.
Flight plan

Unlike those, IFR NAV is an advance NAV, which i would say an Airways. Most of the airliners fly on the airway. Well you don’t really need a map, but you need an Airways Chart, and this is so called ‘an advance presentation of map’. It’s like a normal map, besides, it has some sort of connecting lines on it! Haha. Take a look on the top of this page, behind the ‘going.beyond.happiness’ header, that’s what we call an Airways Chart. The pictures actually belong to him, thank you very much, ike puyu pat samah. As for us, a single engine pilot, we don’t practice Airways, because most of the airways located high up on the sky, ranging from 10’000ft up to 60’000 ft (if’ I’m not mistaken)it’s only an imaginary line that is visible only on certain equipments like some radar inside our aircraft and Air Traffic Control Room. Ever wondered how do pilots fly during a night where you yourself do not have an idea on where you are if you stare out of the windows, but then tup tap tup tap (sounds of blinking of the eyes), there you are, safely landed! Alhamdulillah, hehe.

same will appear on radar screen :)

Hmm, having reaching this part, is a really critical part of me, haha. Yet, still there are more things left to learn and being mastered. And to be corrected by the experienced is really really appreciated!
For those youngsters out there, please, and please study hard. Things are getting harder and difficult nowadays, not to mention, very competitive too. You have to be outstanding by forcing yourself to be extraordinary person.

Kindly visit a friend of mine, to have a real picture of the training :)


Do pray for my tests ok peeps? Aminnnn ya Allah. InsyaAllah, next week, my callsign is no longer valid. and slowly moving to Twin Engine! Now also doing my Simulator training.

Thursday, April 21, 2011

10 Solat Tak Diterima

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud
: "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :



1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar." Sabda

Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti
satu bungkusan kain tebal yang buruk."..

Monday, April 18, 2011

:">


Untuk bakal isteriku..
Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan “Kau tercipta untukku.”
Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.
Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.
Aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana harta dan perwatakanku.
Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”
Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya.
Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga.
Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau.

Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari dirimu. “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.”
Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu.
Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta, rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu.
Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu,
akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita.
Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta,
wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.
“Kawinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama.
Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita.
Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita,Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin.
Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.
wahai saudari seakidahku,  carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu, yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya, dan lelaki yang membangunkanmu untuk bangun beribadat bersama-sama pada 2/3 malam….


Sumber: Coretan Untuk Bakal Isteriku | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/coretan-untuk-bakal-isteriku/#ixzz1JqcV0ui8

Saturday, April 16, 2011

Rahsia Solat



Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.




Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.




Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).


Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.





*Oleh sebab itulah kita digalakkan untuk mendirikan solat sunat Tarawih sepanjang bulan Ramadhan ini untuk mengembalikan cas-cas tenaga yang hilang setelah seharian penat berpuasa.. MasyaAllah.. begitu besar hikmah setiap apa yang diperintah oleh Allah swt serta apa yang disyariatkan di dalam Islam.. Subhanallah.. Renung-renungkanlah..


Credit to Solihin Zubir :) moga kita selalu diberkati Allah, amin

Sejenak

Hadapan televisyen, menonton Bulletin 1.30. Terdengar akan topik kebanjiran warga asing dalam negeri. Heee. Teringat pulak notes member aku dalam Facebook ini : 

Negara asing tidak ingin negara mereka di cemari dengan pencemaran asap kilang dan bahan sisa buangan LALU melaburlah mereka di Malaysia dengan membuka kilang-kilang.

Negara asing tidak ingin negara mereka di penuhi dengan limpahan pendatang dari luar yang datang untuk mencari rezeki LALU melaburlah mereka di Malaysia agar pendatang dari luar sedar ada nya peluang rezeki di Malaysia.

Malaysia pula makin maju dengan pembangunan pesat dengan ada nya pelaburan dari luar ,,terkenal dengan negara berbilang kaum yang Majoriti nya Melayu, Cina dan India .... 20 30 tahun yang akan datang mungkin akan bertambah dari Melayu ,Cina dan India kepada Indonesia, Bangladesh , Myamar, Vietnam dan lain-lain...makin terkenal lah Malaysia dengan dengan gelaran negara berbilang kaum.

Fikir-fikir kan lah wahai rakyat Malaysia.

Perasaan

Wahai diri

Ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau berdosa 
Ketahuilah itu adalah peringatan yang Allah bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani 
Itu petanda yang hatimu masih hidup .
Hatimu akan hidup selagi ada rasa bersalah.

Friday, April 15, 2011

Bersyukur

adakala kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa.. 

adakala kita perlu ketawa agar kita tahu bernilainya setitis airmata itu.. 
bersyukurlah jika ada yang menyakitimu kerana dia mengajarmu erti tabah.. 
bersyukurlah jika ada yang tak pedulikanmu kerana dia mengajarmu erti berdikari.. 
bersyukurlah jika ada yang menjatuhknmu kerana dia mengajarmu erti bangun dari terus jatuh.. 
bersyukurlah jika ada yang menyiksamu kerana dia mengajarmu erti kesabaran & ketabahan..

Sweet

We all have our own life to pursue, our own kind of dream to be weaving. And we all have some power to make wishes come true, as long as we keep believing.

Jika kita marah kepada seseorang jangan sampai kita tidak nampak lagi kebaikannya. Begitu juga jika kita suka kepada seseorang jangan sampai kita tidak nampak lagi kelemahannya.Tidak ada manusia yang sempurna sehingga tiada satu kesalahan pun yang dilakukannya.

maafkan aku kerana tidak dapat menjadi sempurna padamu. aku hanyalah insan biasa yang tidak pernah lepas daripada melakukan kesilapan. maafkan aku apa adanya.

"Seandainya kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang telah kamu miliki disaat ini" Belajar menerima apa adanya dan berpikir dengan positif.

Dsaat ingin mlpskan sseorg ingtlh pd saat kamu ingin mndptkannya
Dsaat mulai tdk mncintainya ingtlh saat pertama kamu jth cinta pdnya
Dsaat mulai bosan dgnnya ingtlh slalu saat terindah bsamanya
Dsaat ingin menduakannya byngkn jika dia slalu setia
Dsaat ingin membohonginya ingtlh saat dia jujur pdmu
Maka kamu akan mrasakn ertinya pdmu
Jgn sampai disaat dia sdh tdk disisimu
Kamu baru menyedari semua erti dirinya utkmu


Ingin ku penuhi hari-hariku dengan membahagiakan dirimu hingga ke akhir hayatku. Aku akan tetap memilih untuk bersamamu dan aku akan terus mencintainya tanpa rasa jemu. Terima kasih kerana memberi peluang untukku bertakhta di hatimu


Sometimes we know our mistakes
but we don't confess,

Sometimes we lose the one we love
but we never ask to start again,

Sometimes we do realize that we are hurting someone
but we never say sorry,

Sometimes we see our defeat
but we don't accept it,

Because,
sometimes we forget to consider and compromise
when we realize its importance,

So
Always say and do what You feel
before You lose someone.

From someone behind the stage



Marah

Melihat Ramai rakan2 yang meluahkan kata tidak puas hati atau marah nya melalui status laman sesawang facebook 

Rasa tergerak hati menyampaikan sedikit potongan maksud dalam Al-Quran dan juga hadis mengenai

"MARAH"


------------------------------
----------------

Marah itu adalah secebis api yang bersumber daripada Allah yang menyala-nyala yang panasnya naik ke pangkal hati dan api itu bersemadi di dalam lubuk hati hingga berbara ,kemudian diselaputi oleh abunya.

Daripadanya terpancar sifat bongkak yang terpendam di dalam hati setiap orang yang sombong dan bongkak seperti terpancarnya api daripada batu bergesek dengan besi.

==============================
=============


"Katanya(iblis) aku lebih baik daripadanya. Engkau(tuhan) telah menciptakan aku dari api sedangkan Engkau ciptakan dia (manusia) dari tanah."
[Al-Araf:12]



Sifat Tanah sentiasa tenang dan tetap
Siafat Api menyala-nyala menyerang ,berkobar-kobar dan bergelojak

Bersabda Nabi SAW:



"Tidaklah yang dikatakan kuat dengan menjatuhkan lawan tetapi yang dikatakan kuat itu ialah seseorang yang dapat mengawal dirinya ketika marah"




Menahan kemarahan adalah sangat2 dituntut

Firman Allah SWT:

"Bersegeralah memohon keampunan kepada Tuhan kamu dan (memohon) syurga yang luasnya meliputi langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertakwa, iaitu mereka yang membelanjakan hartanya di dalam keadaan senang dan susah ,dan mereka yang menahan kemarahan dan memaafkan kesalaahn orang lain ,dan Allah amat mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan."

[Ali-Imran :133-134]




Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya: 

”Berwasiatlah kepada ku. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah..”
(al-Bukhari)


==============================
==============

Menghilangkan Marah:

Sabda Rasulullah: “Jika salah seorang antara kamu marah sedang pada saat itu dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah dia berbaring.” (Hadis riwayat Abu Dawud dan Ahmad)

Sabda Rasulullah: “Apabila di antara kamu marah, maka diam lah.” (Hadis riwayat Ahmad).

Boleh juga berwudhuk:

Sabda Rasulullah:

“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguh nya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah dia berwuduk.” 
(Hadis riwayat Abu Dawud dan Ahmad).

perbanyakkan lah berzikir

Firman Allah: “Ingatlah dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.” (Surah al-Ra’d, ayat 28).




==============================
======

Ganjaran seseorang yang menahan marah:

Rasulullah menyatakan ganjaran akhirat bagi mereka yang berjaya mengawal perasaan marahnya menerusi sebuah hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya, Allah pasti memanggilnya pada hari kiamat di hadapan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana-mana bidadari syurga.”
(Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Tirmidzi).

Sunday, April 10, 2011

Ujian~

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." 

(Hadis riwayat Imam Tirmizi). 

Kesimpulan Hadis: 

Sabar, ya, mungkin ia senang sekali unutk diucapkan oleh orang yang tidak mengalami sesuatu masalah itu, tetapi bukankah kita ini hamba yang hina? tidak kah kamu merasakan bahawa kamu adalah orang yang terpilih untuk menghadapi dugaan oleh si Pencipta kamu? 

Kerana sesungguhnya, ujian ini akan diturunkan kepada orang yang disayang Allah yakni para nabi, orang yang soleh dan seterusnya secara berperingkat. Ia adalah tiket untuk mendapatkan keredhaan Allah, dengan syarat kamu akan terus tabah untuk menghadapinya. 

Insyaallah, jikalau kamu berpeluang melihat gandaan pahala dan hikmah disebalik segala ujian ini, bahkan, kamu yang akan berdoa supaya diturunkan ujian~ wallahualam

Sandaran Hati

Salam semua. Jika kamu pernah sesekali merasa buntu, maka ingatlah, bahawasanya, kita sentiasa mempunyai Tuhan kita sebagai sandaran hati, Allah sentiasa berada di sisi mu, walaupun kamu menjauhkan diri daripada Dia. 



Wahai teman,
Yakinlah Allah bersama dengan mu.

Segala Perbuatan yang disusuli dgn niat yang baik..
InsyaAllah..
Allah bersama dgn mu.dipermudahkan segala jalan...



Terima Kasih Ya Allah- Cable yang Maha Greatest!
All Praises to Allah~




HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL



Cukuplah Allah bagiku; Tidak ada Tuhan selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dialah yang memiliki A'rsy(singgahsana) yang agung. (At-Taubah 9:129)


Terima Kasih kedua ibu-bapa ku, kekasih hati ku, atas segala-galanya dan~
Terima Kasih Zaeem dan Nas~ serta kawan-kawan yang lain.
Moga kita semua sentiasa hidup di bawah keberkatan dan keredhaan Allah SWT.