AD

Sunday, October 20, 2013

Orang lain...

Sekarang sedang termenung di dalam kereta..
Sudah 2 tahun lebih..
Rezeki tidak juga berkunjung tiba..
Rezeki kerja la..
Rezeki lain Alhamdulillah, banyak tak terhingga..

Selasa ni mungkin penentu masa depan..
Takut, resah semua ada..
Spoil yang ini, spoil lah masa depan saya..

Tapi..
Allah sayang kat saya..
Setiap kali saya pasrah dengan hidup sendiri, ada je petunjuk..
Petunjuk bahawa masih ramai orang yang susah..

Terbaca blog emak pada rakan rapat saya..
Yang kakaknya koma sudah hambir 5 bulan..
Akibat kecuaian seorang doktor, di sebuah hospital..

Mangsa yang juga seorang doktor..
Telah selamat melahirkan seorang bayi..
Tetapi belum sempat lagi melihat anak hasil keberanakan dia sendiri..

Sedih, begitu sedih..
Hanya doa yang mampu dikirimkan pada keluarganya..
Terutamanya pada seorang ibu..

Saya sekarang nak kata putus asa, tak jugak..
Tapi lebih kepada kepercayaan bahawa "jika betul rezeki itu Allah takdirkan untukku, maka untukku lah ia"..

Sudah 2 tahun lebih Allah mengajar saya pengajaran tersebut..
Dia tahu, saya lambat pikap..

Sekarang, saya tak tahu nak buat apa,  melainkan berusaha dan berdoa, disertakan dengan tawakkal..
Hidup ini lebih daripada menjadi seorang Juruterbang..
Hidup ini adalah mengenai hubungan kita dengan si Pencipta dan makhluknya..

Sebelum kisah hidupku bertukar lebih teruk, eloklah aku bersyukur dan menikmati hidup ini seadanya..

"Syukuri apa yang ada, hidup adalah anugerah, tetap jalani hidup ini, melakukan yangterbaik.."