Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah
Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Kerana aurat selalu terselubung
Bertudung itu bukan suatu paksaan
Iainya lebih kepada keinsafan
Selama nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan
Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Di dunia selamat, di akhirat hebat
Insyaallah
*credit to Aziati Razif