Salam semua, semoga selalu sihat walafiat hendaknya, heee.
Seribu kemaafan dipohon dari aku sebagai pembuka kata untuk hari ini. Aku ingin meluahkah sedikit rasa yang terbuku didalam hati, bukan niat untuk mengaibkan diri sendiri juga membuka pekung didada, tetapi hanya untuk perkongsian dari diri ini yang sama menjawat jawatan sebagai "Hamba" kepada Nya.
Sesiapa yang mengenali diri ini, mesti mengetahui yang aku ini bersikap sedikit sensitive, disebabkan itu lah aku tidak mempunyai ramai kawan. Tetapi walaupun aku tidak mempunyai ramai kawan, Alhamdulillah, kualiti yang diberikan dalam kuantiti kawan aku yang sedikit itu sangat tinggi, yakni aku tidak memerlukan kawan dalam kuantiti yang banyak.
Jadi kepada kawan-kawan yang rapat dengan aku, tolong maafkan segala salah silap aku, halalkan segala makan minum aku, dan bimbinglah aku ke jalan yang benar. Aku tidak mencari kawan yang kaya, yang bisa menuntun aku ke kelab disko, tidak juga mencari cantik-cantik dan hensem-hensem, yang bisa disalah pakai untuk kepentingan sendiri, tetapi cukuplah hanya dengan ilmu yang berguna kamu kongsikan dengan aku.
Itu sahaja mungkin. Teringat pula pesan seorang tua yang sangat istimewa di dalam hidup ku. "Tak di rekomenkan untuk kita mempunyai sahabat karib, kelak kerana sedikit kesalahan yang dibuat oleh nya, dikhuatiri, kita akan mengambil hati lebih dari apa yang sepatutnya". Sesapa yang tak faham maksud ayat ini, cubalah renungkan.
After missing my best friends, I don't think of having one for now. It just enough that i just be close to anybody. Thanks very much of your kindness for being my friend. Sorry if i can't be a good friend to you. Assalamualaikum.
*off to BBQ tonight, and as for Fly 1Malaysia, banyakla nak share, tapi tak berkesempatan lagi, ihihi.
2 comments:
waiting for ur Fly 1Malaysia's story(ies) and gonna be interesting to read... gud day :)
hehehehe. wait bro. with u supporting me, giving me a spirit to keep this blog updated, at least i know, someone is reading it! haha, u really made my day, thanks!
Post a Comment