AD

Tuesday, May 24, 2011

F1M (1)

Salam semua, di harap sesiapa yang sedang membaca tulisan ini dikurniakan kesihatan yang baik, terutama mata yang terang dan cerah, (ye la, asyik dok pandang monitor tuu, poning la mate dan pale, hek3) tidak lupa juga kepada yang tidak membaca, semoga kita semua hidup dibawah payung keberkatan dariNya.

Disini, aku ingin berkongsi sedikit cerita yang tidak seberapa menariknya, tapi berkemungkinan boleh dijadikan bahan bacaan dikala persoalan tentang 'Fly 1Malaysia (F1M)' bertandang di dalam minda. F1M ini mulanya terdetik atas idea seorang kadet di APFT yang pernah menjawat jawatan di dalam bidang politik ini. Seperti sedia maklum dia lah yang bernama Tuan Ahmad Humaizi B. Tuan Muhammad Kamal (Miji). Menurutnya, program ini sudah berada dalam rancangan untuk satu tahun lamanya, bermula daripada tahun lepas, dan baru sekarang, setelah semuanya dikira stabil, baru lah program ini dilancarkan.

Ok la, aku pun tak nak menyusul panjang berkenaan latar belakang program ini kerana aku hanya lah diberitahu tentang program ini lebih kurang sebulan awal. Pada awalnya, aku tidak menyandang apa-apa 'post' di dalam program ini selain menjadi Penolong yang tidak berguna kepada Mohd Faiq Bin Mohd Tahir (Faiq) iaitu Juruterbang pesawat dua enjin juga selaku orang yang bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan pesawat dua enjin ini, iaitu 'route', 'crew', dan sebagainya.

Mohd Noor Arni B. Abdul Rahman (Arni) pula telah dipetik nama oleh Faiq untuk menjadi jurugambar rasmi bagi program ini lalu dipilih oleh Miji. Jadi, begitulah kiranya, aku pun tidak menaruh harapan untuk turut serta dalam program yang aku kira begitu berprestij ini, kalau ada pun, tolong-tolong belakang tabir boleh lah kot.

Tup tap tup tap, kurang lebih 2 3 minggu sebelum program itu.......
2 days before the departure

* takda idea da...

2 comments:

Jyuu said...

more2... *curious*

The Cockpit Diaries said...

tapi ada org tu gambar masuk paper...tpi nama je tak ditulis..hahaha..misteri~