AD

Friday, April 15, 2011

Marah

Melihat Ramai rakan2 yang meluahkan kata tidak puas hati atau marah nya melalui status laman sesawang facebook 

Rasa tergerak hati menyampaikan sedikit potongan maksud dalam Al-Quran dan juga hadis mengenai

"MARAH"


------------------------------
----------------

Marah itu adalah secebis api yang bersumber daripada Allah yang menyala-nyala yang panasnya naik ke pangkal hati dan api itu bersemadi di dalam lubuk hati hingga berbara ,kemudian diselaputi oleh abunya.

Daripadanya terpancar sifat bongkak yang terpendam di dalam hati setiap orang yang sombong dan bongkak seperti terpancarnya api daripada batu bergesek dengan besi.

==============================
=============


"Katanya(iblis) aku lebih baik daripadanya. Engkau(tuhan) telah menciptakan aku dari api sedangkan Engkau ciptakan dia (manusia) dari tanah."
[Al-Araf:12]



Sifat Tanah sentiasa tenang dan tetap
Siafat Api menyala-nyala menyerang ,berkobar-kobar dan bergelojak

Bersabda Nabi SAW:



"Tidaklah yang dikatakan kuat dengan menjatuhkan lawan tetapi yang dikatakan kuat itu ialah seseorang yang dapat mengawal dirinya ketika marah"




Menahan kemarahan adalah sangat2 dituntut

Firman Allah SWT:

"Bersegeralah memohon keampunan kepada Tuhan kamu dan (memohon) syurga yang luasnya meliputi langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertakwa, iaitu mereka yang membelanjakan hartanya di dalam keadaan senang dan susah ,dan mereka yang menahan kemarahan dan memaafkan kesalaahn orang lain ,dan Allah amat mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan."

[Ali-Imran :133-134]




Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya: 

”Berwasiatlah kepada ku. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah..”
(al-Bukhari)


==============================
==============

Menghilangkan Marah:

Sabda Rasulullah: “Jika salah seorang antara kamu marah sedang pada saat itu dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah dia berbaring.” (Hadis riwayat Abu Dawud dan Ahmad)

Sabda Rasulullah: “Apabila di antara kamu marah, maka diam lah.” (Hadis riwayat Ahmad).

Boleh juga berwudhuk:

Sabda Rasulullah:

“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguh nya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah dia berwuduk.” 
(Hadis riwayat Abu Dawud dan Ahmad).

perbanyakkan lah berzikir

Firman Allah: “Ingatlah dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.” (Surah al-Ra’d, ayat 28).




==============================
======

Ganjaran seseorang yang menahan marah:

Rasulullah menyatakan ganjaran akhirat bagi mereka yang berjaya mengawal perasaan marahnya menerusi sebuah hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya, Allah pasti memanggilnya pada hari kiamat di hadapan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana-mana bidadari syurga.”
(Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Tirmidzi).

No comments: