AD

Sunday, October 20, 2013

Orang lain...

Sekarang sedang termenung di dalam kereta..
Sudah 2 tahun lebih..
Rezeki tidak juga berkunjung tiba..
Rezeki kerja la..
Rezeki lain Alhamdulillah, banyak tak terhingga..

Selasa ni mungkin penentu masa depan..
Takut, resah semua ada..
Spoil yang ini, spoil lah masa depan saya..

Tapi..
Allah sayang kat saya..
Setiap kali saya pasrah dengan hidup sendiri, ada je petunjuk..
Petunjuk bahawa masih ramai orang yang susah..

Terbaca blog emak pada rakan rapat saya..
Yang kakaknya koma sudah hambir 5 bulan..
Akibat kecuaian seorang doktor, di sebuah hospital..

Mangsa yang juga seorang doktor..
Telah selamat melahirkan seorang bayi..
Tetapi belum sempat lagi melihat anak hasil keberanakan dia sendiri..

Sedih, begitu sedih..
Hanya doa yang mampu dikirimkan pada keluarganya..
Terutamanya pada seorang ibu..

Saya sekarang nak kata putus asa, tak jugak..
Tapi lebih kepada kepercayaan bahawa "jika betul rezeki itu Allah takdirkan untukku, maka untukku lah ia"..

Sudah 2 tahun lebih Allah mengajar saya pengajaran tersebut..
Dia tahu, saya lambat pikap..

Sekarang, saya tak tahu nak buat apa,  melainkan berusaha dan berdoa, disertakan dengan tawakkal..
Hidup ini lebih daripada menjadi seorang Juruterbang..
Hidup ini adalah mengenai hubungan kita dengan si Pencipta dan makhluknya..

Sebelum kisah hidupku bertukar lebih teruk, eloklah aku bersyukur dan menikmati hidup ini seadanya..

"Syukuri apa yang ada, hidup adalah anugerah, tetap jalani hidup ini, melakukan yangterbaik.."


Tuesday, March 13, 2012

Nukilan

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Kerana aurat selalu terselubung

Bertudung itu bukan suatu paksaan
Iainya lebih kepada keinsafan
Selama nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Di dunia selamat, di akhirat hebat

Insyaallah


*credit to Aziati Razif

Wednesday, December 14, 2011

Missing

Feel like writing something today, but no idea, the idea is just to keep this blog alive, haha. Hmm, life is quite wonderful, can't be any thankful enough to Allah. We should be realizing how wonderful life is, not until we left it. I'm sure, because, most of the people in this world, will start to appreciate something when it is missing.

So take a time out, list down what you have; your good health, your loved one around you, your belongings, your freedom and a lot more to list. 

Can you imagine how would your life be, when one of those is missing?

Thursday, October 20, 2011

Mind

I found this in my friend's profile in FB; Nik Azlishah. It's somehow, attracts and telling my mind that I often to fall in 2nd and 3rd place of mind. Am trying my best to achieve 1st place most of the time, how about you? Have you ever thought that how a thinker do their job? they don't really bother about what people do, they just think WHY do they do it, and HOW to overcome the problems, rather than thinking and bothering WHAT they are doing. Hmm, sorry for taking you until this lines without going straight to the point. The saying is : 

Great minds discuss ideas; Average minds discuss events; Small minds discuss people


Facebook telah menjadi satu tempat di mana, ramai orang bergaduh dan bertikam lidah sesama sendiri, atas sebab yang sangat tak berbaloi. Aku pun kadang-kadang nak marah jugak, tapi, well, you learn from experience, don't you? same goes to me, I was one of the annoying too, updating status, mengata orang, menyindir orang, but that was a history, day by day, I 've learnt how we, are easily falling into their trap. 


That's why come Al-Quran, it's a manual, it's the guide of how to live in this world. Yes life is free, but there is a limit, same goes to every single thing in this world, Not to put it in the same category of other manual book, but hey, if you ever read any manual attached to your thingy, there will be a LIMIT that you must keep. You don't believe me? Try yourself, being annoying to those around you, and see how they react when it comes to their limits. Haha!

Renung-renungkan dan selamat beramal~ let us aim to be the 1st minded people, of course we can!


*sedangkan lidah lagi tergigit, saya pun pernah terlanjur juga, haha, tapi get back to the original stream k? use your mind wisely! cayam sume, Assalamualaikum!

Thursday, October 13, 2011

manusia. they always think they are right, aku pun sama. tapi yang cakap tak serupa bikin ini lagi bermasalah. yes, advising is good. but, there are few factors that have to be considered before advising someone. yang aku tahu, I won't let they got my anger waked up.

kalau apa kita nak nasihat, cuba tilik diri, apa-apa pun cuba refer kepada diri balik. konsep nasihat tidak boleh berdiri sendiri, ia kena digandingkan dengan nasihat menasihati.

kalau kita suruh orang berfikir, are we doing the same thing?

Tuesday, August 09, 2011

Blog Junior :)

Salam, haha. Dah lama sebenaqnya nak wat entri ni, tapi tidak berkesempatan laa pulak. Ok disini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada junior ku 


Dia ni da feymes sangat dah, haha. Eh, lupa nak cakap, aku terima kasih sebab dia tolong promote blog aku dalam blog dia, dan dia juga lah yang bertanggungjawab mengubah interface blog aku ni, kui kui kui. Thanx. Do drop by here.

A very interesting blog to santai, lepak, dan juga nak cari info, especially in aviation :)


Monday, August 08, 2011

Merdeka!


Apa lagi, jom join. I'll take my part as a blogger to play a role invinting you to participate. Let's enjoy, let the world know how our religion and our race teach us to be :)

Me? I'll do mine... but as for now, in a written medium...

"Hi, I'm Faiz, a Muslim, my religion; Islam teaches me to do all good deeds, and there is no enforcement for people to do anything the way we want, but please be GOOD, especially during this holy month; Ramadhan, wallahualam. and let us all live in a harmony, appreciate single thing that happens in your life, sooner or later, you'll be missing it :)"

PEN

Dah lama tak post pasal fly, takdak apa pun, nak post pun malu sbenarnya, nanti orang bising dok tanya...
"tak abih lagi?"
"da brapa lama bro ko kat sana?"
"ingatkan hang da koje dah?"

Haaa, got the idea? haha, tapi takpa lah, sebelum raya ni InsyaAllah laa abes la tuu kan? Ok, kelmarin aku pi Penang, wohooo, cantik... been here before, this should be my 3th or 4th, not really remember. Tapi jalan-jalan time puasa ni hilang laa sikit rasa keseronokan dia tuu, ya laa, takleh nak lepak makan nasi kandaq, takleh nak isap rokok, dan takleh nak cuci mata lama-lama sangat.. oops.. haha

Perjalanan melalui udara sebenaqnya tak lama pun, kalo hang dok drive tuh ada la 5 6 jam, kami kat atas ni, 1 2 jam ja, haha. Tapi dia punya jalan raya udara (airway) for the type of my aircraft to Penang ni macam jauh sket, which is kami takleh p direct la, nak kena masuk Pahang dulu then baru kona masuk Penang, adoii, haha. Apa-apa pun nak share gambaq la sket

kat mana ntah, somewhere overhead Perak kot
landed at runway 04
tu dia terminal Bayan Lepaih
nak paking laa, nak turun amik angin

Saturday, July 16, 2011

Turning Point

Last night should be my turning point of where my origin track changed to a new track, better one of course. I should be learning on how to understand people. I should understand the behavior of all people and of course especially the one around me. 

Last time, i faced a very high level of difficulties in understanding people, yeah you know, with some people who are in the category of 'annoying' 'perasan best' dan macam-macam lagi.

Tapi bukankah kita tiada hak dan kuasa yang secukupnya untuk mengubah mereka? at least for me laa, so I started thinking, if I can't change them, why not I change myself to suit with them, (also in a good way, of course).

Well, I took a quote from the Vlogging matluthfi90

"The world needs more positive people, perhaps the one like  you :D"

Tuesday, July 05, 2011

V.i.d.e.o LOGGING

Assalamualaikum...

Tahukah anda bahawasanya selain dari Blogging dan juga mengupdate status di Facebook, tak lupa juga bertweeting di Twitter, kini muncul suatu fenomena baru yang dipanggil Vlogging.

Video Logging ini sepertimana juga yang saya sebutkan diatas tadi, ia adalah bertujuan untuk mengeksperesi pendapat peribadi dan juga segala pandangannya terhadap apa yang berlaku di dalam dunia ini. Tak kurang juga hanya untuk melepaskan keboringan dengan merakam video. Apa yang lebihnya Vlogging ini ialah, author tersebut dapat menyampaikan mesejnya dengan kedua-dua ekspresi dan juga nasihat dalam bentuk suara, berbanding dengan hanya tulisan.

Seperti biasa la, apabila dah muncul fenomena baru ini, manusia mula berlumba-lumba untuk memenangi anugerah Vlogging terbaik. Hahaha. Takdak aih, guro jer. Ni ada la senarai topten hok ore dok buat, ambo cubo paste sini jah, heee :)



Biasa la, kita tidak boleh lari dari terkena tempias fenomena-fenomena dan trend-trend terbaru.
Aku tak kata pon salah. Apa-apa pun, ambiklah yang jernih darinya, dan buanglah yang keruh darinya, selagi ia tidak melanggar hukum syarak dan hak asasi manusia, hahaha. (sepertimana kata Matluthfi90).

Anda rasa anda buang masa tengok Video-video ini? Anda pikiq skali lagi. Kerana setiap video itu ada diselitkan mesej nya cumo tinggai untunk hang pikiq dan pakai ja. Haha


Jadi pada sapa-sapa yang baru nak kenai apa itu Vlogging, disini saya nak tunjuk Vlogger Peberet saya, Matluthfi90, heee

Dan aku nak paksa korang tengok Video Logging yang aku paling suka. Wajibb. Zassss



Aku rasa tak pelu lah lagi aku nak ulas mesej-mesej yang terdapat dalam video itu, atau kalau korang curios jugak, drop a komen lah ok? Bye~

Monday, June 20, 2011

...

sigh...... :-(

Tuesday, June 14, 2011

Inspiration

Taken from 'Pramugara ke Juruterbang'. What an inspiring pics :)

Sent from my Nokia phone

Scorpion

I caught this last 2 nights. During the rain, I saw it was crawling on the floor. Should be dangerous.

Sent from my Nokia phone

Tuesday, June 07, 2011

Jangan Menyerah

Salam, kepada sesiapa yang merasakan bahawa hidup ini terlalu susah, jangan susahkan minda dan otak anda, kerana semua itu pahit manis kehidupan yang dikurniakan Allah. Mungkin berat lagi bahu yang memikul daripada mata yang memandang. Tapi percayalah, minda kita tidak mampu untuk mengerti apa yang dijanjikan Allah.



Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa

Sunday, June 05, 2011

Redha

Wahai diri,
Ingatlah..
Segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua,
Jika datang org menghadiahkan air mata,
Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar 
Jangan dilihat manusia menjadi sebab,
Tapi lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi 'musabbil asbab'.
Jika kau disakiti oleh dia.
DIA sebenarnya sedang mengajarmu erti Redha.


Hmm, what a nice reminder indeed from my friend

Tuesday, May 24, 2011

F1M (1)

Salam semua, di harap sesiapa yang sedang membaca tulisan ini dikurniakan kesihatan yang baik, terutama mata yang terang dan cerah, (ye la, asyik dok pandang monitor tuu, poning la mate dan pale, hek3) tidak lupa juga kepada yang tidak membaca, semoga kita semua hidup dibawah payung keberkatan dariNya.

Disini, aku ingin berkongsi sedikit cerita yang tidak seberapa menariknya, tapi berkemungkinan boleh dijadikan bahan bacaan dikala persoalan tentang 'Fly 1Malaysia (F1M)' bertandang di dalam minda. F1M ini mulanya terdetik atas idea seorang kadet di APFT yang pernah menjawat jawatan di dalam bidang politik ini. Seperti sedia maklum dia lah yang bernama Tuan Ahmad Humaizi B. Tuan Muhammad Kamal (Miji). Menurutnya, program ini sudah berada dalam rancangan untuk satu tahun lamanya, bermula daripada tahun lepas, dan baru sekarang, setelah semuanya dikira stabil, baru lah program ini dilancarkan.

Ok la, aku pun tak nak menyusul panjang berkenaan latar belakang program ini kerana aku hanya lah diberitahu tentang program ini lebih kurang sebulan awal. Pada awalnya, aku tidak menyandang apa-apa 'post' di dalam program ini selain menjadi Penolong yang tidak berguna kepada Mohd Faiq Bin Mohd Tahir (Faiq) iaitu Juruterbang pesawat dua enjin juga selaku orang yang bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan pesawat dua enjin ini, iaitu 'route', 'crew', dan sebagainya.

Mohd Noor Arni B. Abdul Rahman (Arni) pula telah dipetik nama oleh Faiq untuk menjadi jurugambar rasmi bagi program ini lalu dipilih oleh Miji. Jadi, begitulah kiranya, aku pun tidak menaruh harapan untuk turut serta dalam program yang aku kira begitu berprestij ini, kalau ada pun, tolong-tolong belakang tabir boleh lah kot.

Tup tap tup tap, kurang lebih 2 3 minggu sebelum program itu.......
2 days before the departure

* takda idea da...

Zzzz

Saat yang aku benci, mungkin korang juga?


1. time nak salam. hulur tangan. orang tu salam orang lain dulu.

2. tolong pegang pintu, kesian ada orang bawak barang banyak. dia jalan slow sangat.

3. ternampak member lama. angkat tangan. dia tak perasan pon.

4. bila berjalan. ada org dari arah bertentangan. alih kekiri nk avoid. dia alih kekiri juga.

5. dah bye-bye dan dah salam etc. balik jalan arah yang sama. dan jumpa lagi. zzz

6. "baju ni ade yg kale biru tak?" gua tanya.. lalu dijawap "oh gua tak kerja sini bro"




Saturday, May 21, 2011

Kawan

Salam semua, semoga selalu sihat walafiat hendaknya, heee.


Seribu kemaafan dipohon dari aku sebagai pembuka kata untuk hari ini. Aku ingin meluahkah sedikit rasa yang terbuku didalam hati, bukan niat untuk mengaibkan diri sendiri juga membuka pekung didada, tetapi hanya untuk perkongsian dari diri ini yang sama menjawat jawatan sebagai "Hamba" kepada Nya.



Sesiapa yang mengenali diri ini, mesti mengetahui yang aku ini bersikap sedikit sensitive, disebabkan itu lah aku tidak mempunyai ramai kawan. Tetapi walaupun aku tidak mempunyai ramai kawan, Alhamdulillah, kualiti yang diberikan dalam kuantiti kawan aku yang sedikit itu sangat tinggi, yakni aku tidak memerlukan kawan dalam kuantiti yang banyak.


Jadi kepada kawan-kawan yang rapat dengan aku, tolong maafkan segala salah silap aku, halalkan segala makan minum aku, dan bimbinglah aku ke jalan yang benar. Aku tidak mencari kawan yang kaya, yang bisa menuntun aku ke kelab disko, tidak juga mencari cantik-cantik dan hensem-hensem, yang bisa disalah pakai untuk kepentingan sendiri, tetapi cukuplah hanya dengan ilmu yang berguna kamu kongsikan dengan aku.



Itu sahaja mungkin. Teringat pula pesan seorang tua yang sangat istimewa di dalam hidup ku. "Tak di rekomenkan untuk kita mempunyai sahabat karib, kelak kerana sedikit kesalahan yang dibuat oleh nya, dikhuatiri, kita akan mengambil hati lebih dari apa yang sepatutnya". Sesapa yang tak faham maksud ayat ini, cubalah renungkan.


After missing my best friends, I don't think of having one for now. It just enough that i just be close to anybody. Thanks very much of your kindness for being my friend. Sorry if i can't be a good friend to you. Assalamualaikum.

*off to BBQ tonight, and as for Fly 1Malaysia, banyakla nak share, tapi tak berkesempatan lagi, ihihi.

Wednesday, May 18, 2011

Fly 1Malaysia (sequence)


24 jam terbang keliling negara

Peserta program menunjukkan isyarat 1Malaysia sebelum berlepas di hangar Asia Pacific Flight Training, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam.




KOTA BHARU 15 Mei – Persatuan Belia Juruterbang Malaysia (PBJM) bakal memahat nama dalam Malaysia Book of Records apabila terbang mengelilingi negara menggunakan pesawat kecil dalam tempoh tidak sampai 24 jam sempena sambutan Hari Belia Negara hari ini.
Penerbangan tersebut dikendalikan 11 juruterbang muda berusia 20 hingga 25 tahun dengan bertemakan Fly 1Malaysia yang melibatkan tiga pesawat milik Asia Pacific Flight Training (APFT) iaitu Diamond 42, Diamond 40 dan Piper 28.

Pengerusi PBJM yang turut menyertai penerbangan itu, Tuan Ahmad Humaizi Tuan Muhammad Kamal berkata, penerbangan tersebut yang bermula di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini akan singgah di Langkawi, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

"Program ini dirancang lebih setahun lalu dengan APFT sebagai penaja utama yang memberi latihan insentif kepada kami semua untuk merealisasikan cita-cita ini.
"Di setiap persinggahan kami akan menerangkan konsep Gagasan 1Malaysia yang dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tanda sokongan kami kepada beliau," katanya ketika ditemui sebelum upacara pelepasan di pekarangan hangar pesawat APFT Pengkalan Chepa, di sini hari ini.
Upacara itu disempurnakan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kelantan, Mat Sulji Zakaria. Turut hadir Pengetua APFT, Kapten Syed Abdullah Syed Ariffin dan Penasihat APFT, Mohd. Najib Badruddin.

Juruterbang yang membawa pesawat ringan satu enjin ialah Aaron Tan Wei Ren, Abd. Rahman Abd. Mohsin. S. Akhilan, Amir Anuar Mohamad Zaini, Chua Siong dan Safian Mohd. Fawzi.

Sementara itu, bagi pesawat dua enjin, juruterbangnya adalah Adrian Dan Wern Han, Muhammad Faiz Mohd Nasir, Mohd. Faiq Mohd. Tahir, N. Sathes Kumar dan Tuan Ahmad Humaizi sendiri.
Ketiga-tiga pesawat berkenaan berlepas secara bergilir-gilir dari LTSIP bermula pukul 8.45 pagi dan mereka akan bertukar juruterbang di setiap persinggahan sehingga kembali ke LTSIP esok.

Tuan Muhammad berkata, kemuncak kepada program tersebut adalah penyerahan sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records sambil disaksikan Perdana Menteri sempena sambutan Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada 27 hingga 29 Mei ini.